Model Pemprosesan Maklumat
Pengenalan
Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama
seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti
mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output.
Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran
pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat
ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan
dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod,
menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan
maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi
pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model pemprosesan
maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku
dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori,
ingatan jangka pendek dan jangka panjang.
Konsep Teori
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for
Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia
memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya,
ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan,
kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri
daripada
a. Ingatan Deria
Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah
wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1
hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak
diproses.
b. Ingatan Jangka Pendek
Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek adalah
antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau
disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan.
Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian
kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui
tumpuan terpilih iaitu “selective attention”. Selain itu, maklumat yang pada
asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan
dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit
tertentu dan boleh merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat
atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir
maklumat dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan
jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari
(serentak).
c. Ingatan Jangka panjang
Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat
lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu
komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan
yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal
penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah komponen memori yang
mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am
tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian
menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ingatan
jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses
kemasukan maklumat itu berlaku.
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat
- Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus
menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu
topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan
hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis
haiwan.
- Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik.
Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan
minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru
ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal
dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
- Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru
digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat
menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses
pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul
pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
- Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif
sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu
mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat
menyimpan dalam skema secara tersusun.
- Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan
prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika
guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi
dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang
spesifik.
Analisis Model Pemprosesan Maklumat
Kelebihan
Kelebihan
- Guru boleh menggunakan model ini untuk
menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori.
- Menerangkan sesuatu konsep dengan
menggunakan alat bantu mengajar.
- Prinsip daripada yang mudah (asas) ke
yang kompleks.
- Persekitaran pembelajaran untuk
pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
- Guru boleh menghuraikan konsep secara
lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam.
Kelemahan
- Jika sesuatu maklumat tidak diproses,
ingatan jangka pendek akan hilang serta merta.
- Guru perlu membentuk respon yang betul,
untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul.
- Bantu pelajar membuat banding beza
situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan.
- Hanya menggunakan pembelajaran yang
diprogramkan sahaja
- Memerlukan guru menyediakan bahan
P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik fokus murid.
Kebaikan
- Guru dapat menjimatkan masa.
- Penerangan bahan pembelajaran oleh guru
dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.
- Pelajar dapat membentuk konsep yang
baik.
- Persekitaran pembelajaran untuk
pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
- Peranan guru ialah memberikan maklum
balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong
pelajar membentuk kebolehan penaakulan.
- Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
rumus, prinsip dan generalisasi.
Kesan
- Sesuai digunakan untuk mengajar konsep
dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.
- Membolehkan pelajar membuat diskriminasi
dan generalisasi dengan tepat.
- Membina keyakinan pelajar dalam mencapai
kejayaan.
- Menekankan kerja kumpulan dan kerjasama
dalam pembelajaran.
- Pembelajaran
melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan.
Contoh Aplikasi Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat yang telah diaplikasikan dalam Tapak pembelajaran dan Tutorial Pembelajaran yang saya hasilkan.
No comments:
Post a Comment