Pengenalan
Pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang
menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan
ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat
murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Sebelum membina bahan
video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa
perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
- Penentuan peringkat pengajaran
- Kemahiran bahasa
Penentuan peringkat
pengajaran
Peringkat pengajaran
bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan
audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai
penggunaan bahan video dan audio. Peringkat pengajaran boleh dikategorikan
kepada beberapa peringkat iaitu :
Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam
multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu,
interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi
penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio
Prinsip pembinaan bahan audio
Penggunaan
elemen teks
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses
penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan
gagal menyampaikan makna yang dikehendaki.Hal ini bermakna teks ini penting
dalam menyampaikan P&P.Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi
padat.Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. Pastikan teks boleh dibaca
dari jarak yang sesuai.Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian
dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
Penggunaan
elemen grafik dan visual
Grafik
merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.Grafik
merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu
proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah
dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan
cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan
perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan
elemen audio
Penggunaan
audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu
proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Ser
ingkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa
Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang
menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Panduan
menggunakan elemen video
Video
merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
realitistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya
mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga
mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan
menggunakan elemen animasi
Animasi
merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau
member gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat static. Hal
ini untuk meberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi
kesan kepada pengajaran perkataan atau imej-imej static untuk disampaikan
dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan
proses penyampaian, disamping mampu member penegasan kepada sesuatu penyampaian
bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kendungan yang ingin
disampaikan.
Di
samping itu animasi mampu memnyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara
visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan
mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan
ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka.
Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran
secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar
atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang
tinggi.
Panduan
gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi dan multimedia dalam persembahan
slaid
Bergerak
di sekitar bilik ataupun ruang di mana anda melakukan persembahan dan
perhatikan bagaimana slaid anda muncul di skrin. Bagi bilik yang boleh
memuatkan 30 orang, tajuk slaid seharusnya tidak kurang daripada 24 points dan
saiz minima untuk butiran teks (bulleted text) adalah 18 points.
Elak
daripada memberikan terlalu banyak data dalam satu slai. Slaid seharusnya
member gambaran ringkas, huraiannya boleh dilakukan secara verbal. Elak
menggunakan garfik atau gambar yang terlalu kecil. Jika anda perlu meminta
maaf, maka jangan guna.
Guna
warna secara selektif. Sebagai contoh warana latar yang lebih sesuai untuk
bilik yang cerah dan warna yang padat untuk bilik yang gelap. Merah sering
dikaitkan dengan bahaya dan berhenti dan kewangan muflis, maka elak menggunakan
warna merah untuk carta kewangan yang menunjukkan peningkatan. Teks kekalkan ia
pada nombor LIMA (+-2), contoh lima baris teks untuk satu slaid dan lima
perkataan untuk satu ayat.
Contoh Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment