Tugasan 7

Model Pemprosesan Maklumat


Pengenalan
Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

Konsep Teori
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri daripada

a. Ingatan Deria
Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses.

b. Ingatan Jangka Pendek
Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih iaitu “selective attention”. Selain itu, maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

c. Ingatan Jangka panjang
Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku.

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat
- Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.
- Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
- Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

Analisis Model Pemprosesan Maklumat
Kelebihan
- Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori.
- Menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
- Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks.
- Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
- Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam.

Kelemahan
- Jika sesuatu maklumat tidak diproses, ingatan jangka pendek akan hilang serta merta.
- Guru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul.
- Bantu pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan.
- Hanya menggunakan pembelajaran yang diprogramkan sahaja
- Memerlukan guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik fokus murid.

Kebaikan
- Guru dapat menjimatkan masa.
- Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.
- Pelajar dapat membentuk konsep yang baik.
- Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
- Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.
- Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.

Kesan
- Sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.
- Membolehkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat.
- Membina keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan.
- Menekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran.
- Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan.

Contoh Aplikasi Model Pemprosesan Maklumat



 Model Pemprosesan Maklumat yang telah diaplikasikan dalam Tapak pembelajaran dan Tutorial Pembelajaran yang saya hasilkan.

No comments:

Post a Comment