Tugasan 6

Pengenalan

Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain. Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon. Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:

1. Struktur Hierarki
  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.




2. Struktur Komposit
Ia merupakan struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Malahan, ia juga sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.



3. Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

4. Struktur Rangkaian
Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.



Contoh Aplikasi Perpautan 

Banyak pautan yang diaplikasikan dalam tapak pembelajaran yang dihasilkan di atas.



Pautan juga boleh diaplikasikan dalam tutorial pembelajaran agar dapat menarik minat murid untuk belajar.

No comments:

Post a Comment