Wednesday 14 January 2015

Tugasan Mingguan

Senaraikan 10 enjin carian bahan Bahasa Melayu.

Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik. Simpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint.

Tugasan 4
Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.

i.    10 bahan audio
ii.   10 bahan video
iii.  10 bahan teks
iv.  10 bahan grafik


Tugasan 5
Membina dan menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran
  • Membina Tapak Pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE
Membina dan mengaplikasikan struktur perpautan dan penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tugasan 7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tugasan 8
Pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian.

Tugasan 9
Mengedit bahan pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian menjadi brosur, News Letter dan kad pengumuman.

Tugasan 10
Membina bahan video dan audio untuk pengajaran kemahiran bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment