Tugasan 8

Pengenalan

Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. 
Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian
  • Dapat mengakses bahan dengan cepat
  • Kepelbagaian bahan di internet
  • Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan



Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian
  • Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
  • Alat penyambung talian tidak berfungsi
  • Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)  
                 
Pengajaran Secara Luar Talian (offline)
Pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet. Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam satu fail.



Konsep E-Pembelajaran
Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia. Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan. 

APAKAH ITU 'E-LEARNING’?
  • Definisi  'e-learning'  ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi  pendidikan.
  • Bagaimanapun secara umumnya,  'e-learning'  adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk  penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
  • Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously'  (pada waktu yang sama) ataupun  'asynchronously'  (pada waktu yang berbeza).
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.
  • Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).


KENAPAKAH 'E-LEARNING' PERLU DIGUNAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA?
  • 'E-learning'  membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan  lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
  • Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulanyang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
  • E-learning'  yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.


No comments:

Post a Comment