Tugasan 10

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
  • Penentuan peringkat pengajaran
  • Kemahiran bahasa

Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio. Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu :


Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.


Prinsip pembinaan bahan video dan audio


Prinsip pembinaan bahan audio



Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki.Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.

Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.


Penggunaan elemen audio
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Ser ingkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Panduan menggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realitistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau member gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat static. Hal ini untuk meberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran perkataan atau imej-imej static untuk disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu member penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kendungan yang ingin disampaikan.
Di samping itu animasi mampu memnyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

Panduan gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi dan multimedia dalam persembahan slaid
Bergerak di sekitar bilik ataupun ruang di mana anda melakukan persembahan dan perhatikan bagaimana slaid anda muncul di skrin. Bagi bilik yang boleh memuatkan 30 orang, tajuk slaid seharusnya tidak kurang daripada 24 points dan saiz minima untuk butiran teks (bulleted text) adalah 18 points.
Elak daripada memberikan terlalu banyak data dalam satu slai. Slaid seharusnya member gambaran ringkas, huraiannya boleh dilakukan secara verbal. Elak menggunakan garfik atau gambar yang terlalu kecil. Jika anda perlu meminta maaf, maka jangan guna.
Guna warna secara selektif. Sebagai contoh warana latar yang lebih sesuai untuk bilik yang cerah dan warna yang padat untuk bilik yang gelap. Merah sering dikaitkan dengan bahaya dan berhenti dan kewangan muflis, maka elak menggunakan warna merah untuk carta kewangan yang menunjukkan peningkatan. Teks kekalkan ia pada nombor LIMA (+-2), contoh lima baris teks untuk satu slaid dan lima perkataan untuk satu ayat.

Contoh Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu


No comments:

Post a Comment